Mari Menanam Ros Jepun
Saya suka dengan kecomelan ros jepun, bunga ini senang di tanam dan cepat membesar dan berbunga. Kalau di tanam banyak-banyak dapat menceriakan halaman rumah.Kali ini saya nak kongsikan cara tanam bunga ros jepun dalam pasu gantung.
Langkah Pertama:
Sediakan pasu, tutup lubang pada bahagian bawah pasu dengan kertas tisu tandas. Jangan pula guna tisu dapur macam kawan saya, nanti pokok mati sebab air tak boleh mengalir keluar. Saya tak gunakan batu sebab tak mahu tambah berat pada pasu yang nak digantung.
Langkah Kedua:
Tuang tanah campuran dalam pasu secara perlahan-lahan.
Langkah Ketiga:
Isi tanah campuran sehingga 3/4 penuh.
Langkah Keempat:
Ambil batang pokok bunga ros jepun dan cucukkan di tanah dalam pasu. Jangan pula lupa siram air.
Langkah Terakhir:
Bajakan pokok 2 minggu sekali, tengok, dah berbunga pun (pokok asal).